Tuesday, June 22, 2010

update for 4 month

assalamualaukum anak ibu yg comell dan soleh..serta kwn2 ibu yg tersayang..
kembali lg dlm blog yg usang nih hehehe,ok sbnrnya ibu nak update berat anas utk 4 bln taw..haaaa..dh besar dah anak ibu yang soleh ni,tp sbnrnya esok br cukup 4 bln tp kemarin ibu dah bawak anas jumpa nurse kat klinik,dan timbang berat anas,berat anas skrg 9.35 taww!!,hemmm dah terlebih sgt dr graf taww!!..graf anas membukit naik,ibu pon x taw ape sbb tu,tp yg paling nyata anas mmg kuat minum susu,just susu ibu saje plak tu yg die nak..blom lg ibu suap makanan lain,lgpon anas mmg x nak,tp x leh dibiarkan gak,nnt anas x nak makan,pepon anak ibu mmg sihat...diizinkan tuhan anas x penah demam lg smpi skrg..alhamdulillah..ibu syukur sgt pada allah yg memberi sebaik2 perlindungan buat anak ibu yg soleh ni kan..nnt ibu nak ajar anas mkn dh skit2..heheheheh....

gambar terbaru anas gmbar masa kite ke putrajaya,majlis APC abi




Wednesday, June 2, 2010

anas 3 bln

salam buat anak ibu...

ari ni anas dh pon 3 bln 10 hr,masa anas 3 bln hari tu berat anas dah pon 8.1 kg taw..dah obese taw..emm tp nurse kate x yah bimbang sbb anas just breastfeed tau...so nnt turun la tu berat anas bila dh lasak nnt,anas x pandai meniarap lagi..sbb nurse kate berat montot he3..adoii la anak ibu,tu yg ibu takut nak bg makanan tambahan,tkt berat anas lg naik taw,ibu dah puas hati tgk anas membesar ngan susu ibu jer..berbaloi2..nak terseliuh tgn ibu ngan abi dukung anas,x de sape sanggup dukung anas lame2 taw,ari tu gi k.l aunty jah dukung anas jap dah terketar2 tgn ilang tenaga..hu3..anas dh pandai dh skit2 mengiring,cuma nak angkat montot blom berjaya he3..tu la sape soh jd debab..ibu suke panggil anas si debab..heheh sowi yer tayang...tp dh byk sgt perkembngan anas selain bdn yg mkin debab,mulut pon bkn main bising bercakap,kaki pon kuat nyer tendang,sekali tendang bleh terbalik ibu ngn abi,hahahh dan yg lg seronok,berat ibu dh kembali mcm mula2 kawinnnn...huyooo...luarbiase tol,sbb lemak2 ibu dh disedut si debab haha..thanks yer tayang..3 bln dh kembali normal,last timbang nk bersalin berat ibu 74 kg!!!!! huhhh...dasyattt...n skrg dh jd 53..mkn ikut desap mlut jer,x yah nk pikir2 sbb nnt si debab ibu akn sedut lemak ibu keh3..tu semua keajaiban tuhan dan kelebihan yg allah bg pd ibu2 yg bf kn anak die..x yah nk gi slim world dah..jimat duit abi...huhuhuhu...dan yg paling penting...anak ibu sihat dan debab..panjang plk cite die sekali masuk,nak masuk bkn main payah blogger nih hehe,sbb byk agi laman2 lain yg perlu dilawati,tp ibu akn ttp jaga blog ni,biar la lame2,berkurun sekali masuk pon hehehe...k tayang..jom tgk gmbr2 terbaru anas 3 bulan :)

kek coklat kukus


assalamualaikum semua,anak ibu tersayang..anas muahhaass...dah lama ibu x update blog ni hihihi,bkn ape,x byk kije pon,tp males hu3..ni pon sbb nak postkan resepi kat umi muadz yg teringin nak mkn kek coklat ni he3,ida bagi resepi kek coklat kukus yer,sbb yg ida watkan utk abg tu yg kukus punyer,bakar pon ade,sedap gak yg bkr pon,tp kukus pon sodappp bangat..he3..

k ni resepi die yer...

bahan2

200g Butter
200g gula kastor
4 biji telur
200g tepung gandum (ayak tepung + soda + baking powder)
1 sk Soda
1 sk baking powder
100g serbuk koko + 1 cawan air (bancuh bersama)
Dried fruits & Chocolate chips

cara2

1)pukul butter ngan gula smpi kembang
2)masukkan telur 1 per 1,pukul lagi
3)masukkan serbuk koko yg dah dibancuh ngan air tu,pukul lagi
4)stop pukul,masukkan tepung sikit2 dan kacau biar sebati dengan sudu jer
5)boleh tambah coklat chip @ dried fruits
6)kukus dlm pengukus lebih kurang 1 jam..

ok dh pon siap..leh la muadz makan..yummyyyy...best sbb muadz dh leh mkn,anas x leh agi..huhu..
emm klu nak letak topping coklat tu,guna coklat masakan,panaskan guna kaedah double boiler + butter + susu @ air skit dlm 2 sudu.
pastu cari la buah strawberry tu letak jer kat atas tu hi3 dh ciapp...

Saturday, April 24, 2010

Our Urgency

Lifeline 4 Gaza Break The Siege

Lifeline 4 Gaza, atau Talian Hayat Untuk Gaza adalah satu usaha kerjasama di antara NGO-NGO di Malaysia untuk menyertai kempen antarabangsa bagi menembusi kepungan Israel terhadap Gaza. Lifeline 4 Gaza akan bergerak bersama Free Gaza Movement yang berpangkalan di Cyprus, IHH di Turki, MERC dan Kispa di Indonesia dan NGO-NGO lain dari USA, Greece, Perancis, Sweeden, Jerman, Itali, Venezuela dan lain-lain.

Konvoi tersebut dijangka akan berlepas dari Istanbul pada 15 Mei 2010, disertai 20 kapal dan bot kargo. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan tokoh-tokoh kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

KEPUNGAN

Rejim Zionis Israel telah membina Tembok Kematian di Gaza dan Tebing Barat, yang telah menjadikan Gaza sebagai penjara terbesar di dunia. Tembok yang setinggi 8-12 meter dan sepanjang 850 km itu menjadi senjata utama Rejim Zionis untuk “membunuh” penduduk Gaza serta mencengkam mereka secara perlahan-lahan. Tembok itu telah digunakan untuk menghalang kemasukan bahan-bahan keperluan asas kehidupan termasuk makanan, minyak, bahan perubatan dan lain-lain. Gaza tidak hanya menjadi penjara terbesar tetapi hak untuk hidup rakyat Gaza juga telah dinafikan. Zionis ganas ini telah menggunakan kekuatan lobi mereka untuk menyekat dan melaksanakan embargo ke atas Gaza dengan dokongan Amerika Syarikat, Britain dan kuasa-kuasa besar dunia.
Tidak cukup dengan embargo dan Tembok Kematian, pihak Zionis juga telah menyerang Gaza pada 27 Disember 2008 selama 23 hari. Serangan yang amat brutal itu telah menggunakan senjata-senjata terlarang seperti bom fosforus, peluru uranium dan lain-lain. Mereka telah menggugurkan lebih daripada 1.5 juta kilogram bom dari semua arah iaitu daratan, lautan dan udara. Hampir keseluruhan infrastruktur utama bandar Gaza hancur. Banyak bangunan-bangunan penting seperti pusat pentadbiran kerajaan, hospital, universiti, masjid, gereja, sekolah, janakuasa elektrik, bekalan air bersih dan lain-lain telah hancur akibat serangan rejim Zionis tersebut yang jelas telah mensasarkan keperluan orang awam.


Kapal kargo, Gazze yang baru dibeli oleh IHH dengan harga USD 850,000 dan berkapasiti 3150 tan.

Misi

Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-4 iaitu Lifeline4Gaza selepas kejayaan misi ke-3 konvoi Viva Palestina. Ia merupakan satu usaha besar-besaran yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 20 buah kapal dan bot.
Kempen ini akan diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Erdogan. Bantuan tersebut akan dibawa terus ke Gaza dengan menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang memang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan rejim Israel semenjak peperangan dunia yang ke-2 lagi. Mengikut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal daripada Turki.
Konvoi ini amat penting kerana sekiranya ia berjaya maka kapal-kapal tersebut akan digunakan untuk menghantar semua barangan keperluan Gaza dari semasa ke semasa. Ini bermakna sekatan embargo Israel ke atas Gaza akan terangkat walaupun Tembok Kematian Israel masih berdiri utuh.
Lifeline 4 Gaza mensasarkan untuk mengutip RM 10 juta bagi membiayai pembelian kapal,kargo, dan barang keperluan yang akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa keganasan Israel di Gaza.

Keratan akhbar Sinar Harian 14 April 2010 sewaktu majlis pelancaran Lifeline 4 Gaza.

Apa Tindakan Kita

1. Hulurkan sumbangan. Bantuan kewangan dan segala bentuk derma merupakan keutamaan ketika ini.
2. Sebarkan maklumat mengenai misi ini kepada keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Dengan kemajuan teknologi hari ini, penyebaran maklumat menjadi perkara yang amat mudah.
Untuk mereka yang berada di Malaysia, sumbangan boleh disalurkan kepada mana-mana NGO yang bergabung di bawah Lifeline 4 Gaza, atau terus ke akaun bank Lifeline 4 Gaza:

Nama akaun : “TABUNG PALESTIN HALUAN”

Nombor akaun: 5-644-902-085- 28

Bank : Maybank Berhad

Diharapkan usaha seperti ini akan dapat melahirkan generasi Malaysia yang prihatin terhadap isu kemanusiaan, dan yang lebih penting dapat menginsafi nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.

Sahabat-sahabatku..
Mari kita membantu PALESTIN..
Permasalahan Palestin adalah Permasalahan Ummah ...
Marilah BERJIHAD..
Di bumi ini dulunya berlegar-legar para Rasul-rasul Allah..
Tempat berkumpulkan alim-alim ulama..
namun kini, negeri ini terluka..
Saudara kita menderita dibantai yahudi laknatullah..
Ini medan jihad kita..
bantu mereka dengan segenap kekuatan yang kita ada..


M e n d e r m a l a h u n t u k s e b u a h k e h i d u p a n d i P A L E S T I N . .

Tuesday, April 13, 2010

Penantianku Berakhir Jua

newborn ANAS NAUFAL
Scrapbook at WiddlyTinks.com


Alhamdulillah...bersyukur'y ibu pada die yg maha kuasa yg telah melengkapkan hidup ibu,telah memberi psertolongan,memudahkan,melancarkan ape yg mustahil ibu lakukan kalau bkn dgn pertolongan dan keizinan allah s.w.t...
dgn perasaan gembira,teruja,gementar ibu & abi menuggu bilakah hari anak ibu anas naufal nak keluar,jumpa ibu & abi..dan akhirnya penantian ibu dan seluruh ahli keluarga terjawab apabila petang 22/2 ibu mula merasa ade sedikit contraction..dan berlarutan hingga ke pagi,1 mlm ibu x tido sbb sakit'y sudah pn 5 minit sekali,mlm tu juga abi bertolak dr kuantan balik ke trg pd pukul 2 pagi, & sampi pada pukul 5 pagi,pukul 6 kami bersiap2 dan abi ngan aunty jah temankan ibu ke hospital k.trg..
setelah siap proses pendaftaran ibu ke wad dan masa tu bukaan baru 2cm,dan sakitnyer selang 5 minit sekali,mata ibu mengantuk sgt tp x leh nak tido,sbb bila sakit tu dtg ibu akan jaga,& menahan sakit tu...& mkin lama sakit tu makin kuat & lebih lama,tp selangnya masih 5 minit sekali,pada pukul 4 petang,dr cek bukaan lagi,& masa tu bukaan dh 4 cm,msa tu ibu dh x boleh jalan,sakit sgt dh..abi ade menemani ibu,lepas tu sakit yg ibu rasekan makin kuat,dan pada pukul 9 mlm dr cek lagi bukaan dan masa tu dr kata dh pon 6 cm,dr soh ibu masuk LB,tp masa ibu balik ke katil,bru jer nak naik katil ibu bunyi 'pop' tp slow jer...dan kuar air byk sgt,smpi basah habis kain sarung ibu..air ketuban ibu dah pecah..
ibu dmasukkan ke LB,lepas siap pasang ctg untuk tgk jantung anas,abi pon masuk temankan ibu kat LB,masa tu sakit'y hanya allah jer yg tahu,nasib baik abi ada temankan ibu,sbb sblm tu ibu rase nak nangis jer,sbb duk sorang2 dgn sakit yg amat sgt,tp bila abi ade kat sebelah ibu rase tenang skit..abi pegang tgn ibu,usap kepala ibu,bg semangat kat ibu,yg anas nak kuar dr perut ibu ni...pastu dr masukkan ubat melalui air,nak bg cepatkan jalan terbukak,& pastu die masukkan ubt thn sakit....bila dr masukkan jer ubat tu ibu terus mengantuk,mcm org pengsan,tp bila sakit tu dtg ibu akan terjaga,& mungkin sbb ubat tu juga ibu muntah kat LB,kejap2 muntah..& bila tiba masanya ibu rasa nak push,nurse ajar ibu push,tp ibu dh cuba sedaya upaya ibu,tp ibu x pandai,x de tenaga..lama masa yg ibu ambik,smpi ibu dh rase give up,ibu rase ibu x mampu dh nak kuarkan anas...mase tu abi asyik ckp kat ibu,anas nak kuar,dh nampak dh kepala anas,tp bila ibu stop push & cuba tarik nafas lg,anas masuk balik..sbb ibu x pandai nak panjangkan nafas tu,maybe sbb x de pngalaman lg,ibu sedih sgt2 masa tu,tp bila tgk abi & teringat kata2 abi yg anas nak kuar ibu cuba lg..cuba lg..& masa tu dtg lah sorang bidan,ibu x thu per yg die buat,ibu x kisah..ibu tetap push..dan akhirnya anas keluar...ibu pon macam x percaya..tp tu kuasa allah...die yg mengetahui segalanya...bila anas kuar nurse tu tunjukkan anas kat ibu dan suruh ibu ckp baby boy ke girl,ibu nampak anas..dan ibu ckp baby boy :),masa tu lega yg teramat sgt ibu rase,syukur kehadrat ilahi yg telah memudahkan segala yg rumit,ibu ngan abi suka sgt semuanya dah selamat..misi letakkan anas kat dada ibu,dan abi azankan anas :),tp anas dh berak dlm perut ibu,so anas kena tahan di wad bayi..ibu pon nak ucapkan ribuan terima kasih pd nurse2,bidan2,dr2,yg bersusah payah membantu ibu dlam melahirkan anas dengan selamat,itu la secara ringkas proses ibu lahirkan anas dimuka bumi allah ni..dan ibu namakan anak ibu dengan nama ANAS NAUFAL,semoga anas menjadi insan yg soleh,taat pada agama,menjadi generasi pendukung agama,taat pada ibu dan abi,menjadi anak yang cerdik pandai..berjasa pada agama,bangsa,dan negara..AMIN

Wednesday, February 17, 2010

penantian itu 1 penyiksaan

salam sayang..
bila syg nk kuar jumpa ibu,ayah,nenek,atok,tok mek tok ayah, uncle2 aunty2 syg ni...
semua org tgh tunggu syg ni tau x..huhu ibu lagi la..x thu nak cite kat org dh perasaan ni,
bercampur baur sekali..ayah dh pnt berulang balik,dr kuantan ke umah nenek..
tunggu baby x nak kuar2 lagi..due yg pertama dh pon lepas 10/2 due by scan..
tp x leh percaya sgt sbb tu by scan,anak ibu ni sihat,semangat..jd ukuran x accurate..
so ibu anggap due by last period tu adalah due syg yg sbnr'y..28/2 adoi lame'y lagi ibu rase syg..
tp syg sukekan duk dlm peot ibu..smpi peot ibu dh x bulat,menyenget2 ikut bdn baby..sbb dh sendat sgt2..sume org tgr prt ibu sgt bsr,smpi ade yg tanya "kembar ker?"huhu..mane adekan anak ibu sorang jer kt dlm nih,tp syg ibu semangat skit,tu pon wat ibu takoott...tp ibu percaya pd kuase yg maha esa,die yg menjdikan die juga akan mengeluarkannya dgn selamat dr peot ibu i'allah..baby doakan yer biar kite selamat,baby dpt kuar ngan lancar & selamat,ibu pon selamat..
setiap hr ade jer org yg bertanyakn khabar berita dr ibu,dh bersalin?dh penat ibu menjawab dgn hampa huhu..belomm...ayah pon same,nenek ngan atok pon same,terlalu ramai yg bertanyakan baby tau,semua x sbr nak jumpa baby...semua syg kan baby..skrg ibu dh rase skit2 mencucuk-cucuk kat bwh perut,tp tu perkara biase,bkn skt nak bersalin,sbb sakit nak bersalin ni lain,org kate cm sakit perut cirit-birit..ibu pon x tahu la syg,sbb ibu x de pengalaman lgi..tp ibu byk bc pengalaman org lain..leh jadikan tu sbgi panduan...
k la syg ibu dh ngantuk..smbung lain x plak yep..