Saturday, April 24, 2010

Our Urgency

Lifeline 4 Gaza Break The Siege

Lifeline 4 Gaza, atau Talian Hayat Untuk Gaza adalah satu usaha kerjasama di antara NGO-NGO di Malaysia untuk menyertai kempen antarabangsa bagi menembusi kepungan Israel terhadap Gaza. Lifeline 4 Gaza akan bergerak bersama Free Gaza Movement yang berpangkalan di Cyprus, IHH di Turki, MERC dan Kispa di Indonesia dan NGO-NGO lain dari USA, Greece, Perancis, Sweeden, Jerman, Itali, Venezuela dan lain-lain.

Konvoi tersebut dijangka akan berlepas dari Istanbul pada 15 Mei 2010, disertai 20 kapal dan bot kargo. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan tokoh-tokoh kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

KEPUNGAN

Rejim Zionis Israel telah membina Tembok Kematian di Gaza dan Tebing Barat, yang telah menjadikan Gaza sebagai penjara terbesar di dunia. Tembok yang setinggi 8-12 meter dan sepanjang 850 km itu menjadi senjata utama Rejim Zionis untuk “membunuh” penduduk Gaza serta mencengkam mereka secara perlahan-lahan. Tembok itu telah digunakan untuk menghalang kemasukan bahan-bahan keperluan asas kehidupan termasuk makanan, minyak, bahan perubatan dan lain-lain. Gaza tidak hanya menjadi penjara terbesar tetapi hak untuk hidup rakyat Gaza juga telah dinafikan. Zionis ganas ini telah menggunakan kekuatan lobi mereka untuk menyekat dan melaksanakan embargo ke atas Gaza dengan dokongan Amerika Syarikat, Britain dan kuasa-kuasa besar dunia.
Tidak cukup dengan embargo dan Tembok Kematian, pihak Zionis juga telah menyerang Gaza pada 27 Disember 2008 selama 23 hari. Serangan yang amat brutal itu telah menggunakan senjata-senjata terlarang seperti bom fosforus, peluru uranium dan lain-lain. Mereka telah menggugurkan lebih daripada 1.5 juta kilogram bom dari semua arah iaitu daratan, lautan dan udara. Hampir keseluruhan infrastruktur utama bandar Gaza hancur. Banyak bangunan-bangunan penting seperti pusat pentadbiran kerajaan, hospital, universiti, masjid, gereja, sekolah, janakuasa elektrik, bekalan air bersih dan lain-lain telah hancur akibat serangan rejim Zionis tersebut yang jelas telah mensasarkan keperluan orang awam.


Kapal kargo, Gazze yang baru dibeli oleh IHH dengan harga USD 850,000 dan berkapasiti 3150 tan.

Misi

Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-4 iaitu Lifeline4Gaza selepas kejayaan misi ke-3 konvoi Viva Palestina. Ia merupakan satu usaha besar-besaran yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 20 buah kapal dan bot.
Kempen ini akan diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Erdogan. Bantuan tersebut akan dibawa terus ke Gaza dengan menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang memang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan rejim Israel semenjak peperangan dunia yang ke-2 lagi. Mengikut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal daripada Turki.
Konvoi ini amat penting kerana sekiranya ia berjaya maka kapal-kapal tersebut akan digunakan untuk menghantar semua barangan keperluan Gaza dari semasa ke semasa. Ini bermakna sekatan embargo Israel ke atas Gaza akan terangkat walaupun Tembok Kematian Israel masih berdiri utuh.
Lifeline 4 Gaza mensasarkan untuk mengutip RM 10 juta bagi membiayai pembelian kapal,kargo, dan barang keperluan yang akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa keganasan Israel di Gaza.

Keratan akhbar Sinar Harian 14 April 2010 sewaktu majlis pelancaran Lifeline 4 Gaza.

Apa Tindakan Kita

1. Hulurkan sumbangan. Bantuan kewangan dan segala bentuk derma merupakan keutamaan ketika ini.
2. Sebarkan maklumat mengenai misi ini kepada keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Dengan kemajuan teknologi hari ini, penyebaran maklumat menjadi perkara yang amat mudah.
Untuk mereka yang berada di Malaysia, sumbangan boleh disalurkan kepada mana-mana NGO yang bergabung di bawah Lifeline 4 Gaza, atau terus ke akaun bank Lifeline 4 Gaza:

Nama akaun : “TABUNG PALESTIN HALUAN”

Nombor akaun: 5-644-902-085- 28

Bank : Maybank Berhad

Diharapkan usaha seperti ini akan dapat melahirkan generasi Malaysia yang prihatin terhadap isu kemanusiaan, dan yang lebih penting dapat menginsafi nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.

Sahabat-sahabatku..
Mari kita membantu PALESTIN..
Permasalahan Palestin adalah Permasalahan Ummah ...
Marilah BERJIHAD..
Di bumi ini dulunya berlegar-legar para Rasul-rasul Allah..
Tempat berkumpulkan alim-alim ulama..
namun kini, negeri ini terluka..
Saudara kita menderita dibantai yahudi laknatullah..
Ini medan jihad kita..
bantu mereka dengan segenap kekuatan yang kita ada..


M e n d e r m a l a h u n t u k s e b u a h k e h i d u p a n d i P A L E S T I N . .

Tuesday, April 13, 2010

Penantianku Berakhir Jua

newborn ANAS NAUFAL
Scrapbook at WiddlyTinks.com


Alhamdulillah...bersyukur'y ibu pada die yg maha kuasa yg telah melengkapkan hidup ibu,telah memberi psertolongan,memudahkan,melancarkan ape yg mustahil ibu lakukan kalau bkn dgn pertolongan dan keizinan allah s.w.t...
dgn perasaan gembira,teruja,gementar ibu & abi menuggu bilakah hari anak ibu anas naufal nak keluar,jumpa ibu & abi..dan akhirnya penantian ibu dan seluruh ahli keluarga terjawab apabila petang 22/2 ibu mula merasa ade sedikit contraction..dan berlarutan hingga ke pagi,1 mlm ibu x tido sbb sakit'y sudah pn 5 minit sekali,mlm tu juga abi bertolak dr kuantan balik ke trg pd pukul 2 pagi, & sampi pada pukul 5 pagi,pukul 6 kami bersiap2 dan abi ngan aunty jah temankan ibu ke hospital k.trg..
setelah siap proses pendaftaran ibu ke wad dan masa tu bukaan baru 2cm,dan sakitnyer selang 5 minit sekali,mata ibu mengantuk sgt tp x leh nak tido,sbb bila sakit tu dtg ibu akan jaga,& menahan sakit tu...& mkin lama sakit tu makin kuat & lebih lama,tp selangnya masih 5 minit sekali,pada pukul 4 petang,dr cek bukaan lagi,& masa tu bukaan dh 4 cm,msa tu ibu dh x boleh jalan,sakit sgt dh..abi ade menemani ibu,lepas tu sakit yg ibu rasekan makin kuat,dan pada pukul 9 mlm dr cek lagi bukaan dan masa tu dr kata dh pon 6 cm,dr soh ibu masuk LB,tp masa ibu balik ke katil,bru jer nak naik katil ibu bunyi 'pop' tp slow jer...dan kuar air byk sgt,smpi basah habis kain sarung ibu..air ketuban ibu dah pecah..
ibu dmasukkan ke LB,lepas siap pasang ctg untuk tgk jantung anas,abi pon masuk temankan ibu kat LB,masa tu sakit'y hanya allah jer yg tahu,nasib baik abi ada temankan ibu,sbb sblm tu ibu rase nak nangis jer,sbb duk sorang2 dgn sakit yg amat sgt,tp bila abi ade kat sebelah ibu rase tenang skit..abi pegang tgn ibu,usap kepala ibu,bg semangat kat ibu,yg anas nak kuar dr perut ibu ni...pastu dr masukkan ubat melalui air,nak bg cepatkan jalan terbukak,& pastu die masukkan ubt thn sakit....bila dr masukkan jer ubat tu ibu terus mengantuk,mcm org pengsan,tp bila sakit tu dtg ibu akan terjaga,& mungkin sbb ubat tu juga ibu muntah kat LB,kejap2 muntah..& bila tiba masanya ibu rasa nak push,nurse ajar ibu push,tp ibu dh cuba sedaya upaya ibu,tp ibu x pandai,x de tenaga..lama masa yg ibu ambik,smpi ibu dh rase give up,ibu rase ibu x mampu dh nak kuarkan anas...mase tu abi asyik ckp kat ibu,anas nak kuar,dh nampak dh kepala anas,tp bila ibu stop push & cuba tarik nafas lg,anas masuk balik..sbb ibu x pandai nak panjangkan nafas tu,maybe sbb x de pngalaman lg,ibu sedih sgt2 masa tu,tp bila tgk abi & teringat kata2 abi yg anas nak kuar ibu cuba lg..cuba lg..& masa tu dtg lah sorang bidan,ibu x thu per yg die buat,ibu x kisah..ibu tetap push..dan akhirnya anas keluar...ibu pon macam x percaya..tp tu kuasa allah...die yg mengetahui segalanya...bila anas kuar nurse tu tunjukkan anas kat ibu dan suruh ibu ckp baby boy ke girl,ibu nampak anas..dan ibu ckp baby boy :),masa tu lega yg teramat sgt ibu rase,syukur kehadrat ilahi yg telah memudahkan segala yg rumit,ibu ngan abi suka sgt semuanya dah selamat..misi letakkan anas kat dada ibu,dan abi azankan anas :),tp anas dh berak dlm perut ibu,so anas kena tahan di wad bayi..ibu pon nak ucapkan ribuan terima kasih pd nurse2,bidan2,dr2,yg bersusah payah membantu ibu dlam melahirkan anas dengan selamat,itu la secara ringkas proses ibu lahirkan anas dimuka bumi allah ni..dan ibu namakan anak ibu dengan nama ANAS NAUFAL,semoga anas menjadi insan yg soleh,taat pada agama,menjadi generasi pendukung agama,taat pada ibu dan abi,menjadi anak yang cerdik pandai..berjasa pada agama,bangsa,dan negara..AMIN

Wednesday, February 17, 2010

penantian itu 1 penyiksaan

salam sayang..
bila syg nk kuar jumpa ibu,ayah,nenek,atok,tok mek tok ayah, uncle2 aunty2 syg ni...
semua org tgh tunggu syg ni tau x..huhu ibu lagi la..x thu nak cite kat org dh perasaan ni,
bercampur baur sekali..ayah dh pnt berulang balik,dr kuantan ke umah nenek..
tunggu baby x nak kuar2 lagi..due yg pertama dh pon lepas 10/2 due by scan..
tp x leh percaya sgt sbb tu by scan,anak ibu ni sihat,semangat..jd ukuran x accurate..
so ibu anggap due by last period tu adalah due syg yg sbnr'y..28/2 adoi lame'y lagi ibu rase syg..
tp syg sukekan duk dlm peot ibu..smpi peot ibu dh x bulat,menyenget2 ikut bdn baby..sbb dh sendat sgt2..sume org tgr prt ibu sgt bsr,smpi ade yg tanya "kembar ker?"huhu..mane adekan anak ibu sorang jer kt dlm nih,tp syg ibu semangat skit,tu pon wat ibu takoott...tp ibu percaya pd kuase yg maha esa,die yg menjdikan die juga akan mengeluarkannya dgn selamat dr peot ibu i'allah..baby doakan yer biar kite selamat,baby dpt kuar ngan lancar & selamat,ibu pon selamat..
setiap hr ade jer org yg bertanyakn khabar berita dr ibu,dh bersalin?dh penat ibu menjawab dgn hampa huhu..belomm...ayah pon same,nenek ngan atok pon same,terlalu ramai yg bertanyakan baby tau,semua x sbr nak jumpa baby...semua syg kan baby..skrg ibu dh rase skit2 mencucuk-cucuk kat bwh perut,tp tu perkara biase,bkn skt nak bersalin,sbb sakit nak bersalin ni lain,org kate cm sakit perut cirit-birit..ibu pon x tahu la syg,sbb ibu x de pengalaman lgi..tp ibu byk bc pengalaman org lain..leh jadikan tu sbgi panduan...
k la syg ibu dh ngantuk..smbung lain x plak yep..

Tuesday, February 2, 2010

Bilakan masanya??

baby ibu tersayang...
bila baby nak kuar ni?
ibu ngan ayah..n semua keluarga baby x sbr nak jumpa anak ibu yg comel & soleh ni..
skrg baby dh pon 38 week lbih tau..dh dkt dh dgn due baby 10/2/2009
ibu pon dh ready2 kat kg umah nenek n atok kat gong badak..
sbb ibu nak bersalin kat hosp k.t..nak jugak baby b'ic 11..
so skrg ibu tiap masa tunggu sayg tau..sorang2 kat umah,
ayah kat umah kite kuantan,ayah kerja lagi..ayah dh tggu baby ahad lepas
tp baby x mo kuar,jd ayah kene la blik kuantan lu,ayah nak kije,
cian ayah..ayah pon x senang duduk..tggu baby kuar..
baby aktif ajer duk dlm peot ibu nih,ttp ngan aktiviti tersendiri :)
ibu senang...tu maknanya baby ibu sihat alhamdulillah
tp start jer balik kg ibu mmg dh x sesihat mase kat kuantan..
makin sakit tiap x nak bergerak..peot pon sakit gak.
tp x reti nak tafsirkan sakit tu pe,sbb ibu bkn tau cmner rase kontraksi tu..
yg ibu tau rase sakit sgt bila nak jalan,n kdg2 mencucuk2..emm x paham la baby..
tp selagi bleh tahan ibu akan kate tu bkn sakit nak bersalin
sbb org kate sakit nak bersalin ni sakitttt...sgt..x leh nak thn..
so selagi leh tahan ibu rase tu bkn btol2 nak beranak lagi..
just sakit tipu2 hihihi...maybe baby tgh mencari jln kuarkan..
i'allah..allah permudahkan jln kuar baby..die maha mengetahui n mencipta..
klu nak cite pe yg ibu rase skrg,ketidakselesaan ibu byk sgt..
tp tu lumrah org mengandung..penuh dgn kepayahan,sbb tu la pahala'y sgt
byk yg allah sediakan bagi ibu2 mengandung..ibu senang sgt dpt mengandungkan baby
dengan redha allah..i'allah lahir'y baby nnt akan lebih menyinari hidup kami..
ibu n ayah akan berusaha mendidik baby menjadi insan yg soleh,menjadi salah seorang khalifah allah yg menegakkan islam,mencintai islam seperti nama baby yg telah ibu n ayah sediakan untuk baby nnt,semoga baby mewarisi sifat2 terpuji'y..
baby sayang...
ibu harap baby kuar bile ayah balik nnt ek..hujung mggu ni..cian ayah..
ayah nak teman ibu dlm labour room nnt,die nak saksikan sendiri baby kuar..
khamis ni (esok) ayah balik la..klu baby nak kuar,kuar hari jumaat yek
penghulu hari..
ibu dah x sbr nak peluk cium baby..

Tuesday, January 5, 2010

cheese cake


Cara2 membuatnya(base)/bawah:
1) 1 cwn biskut koko yg telah dihancurkan
2) 3 sudu butter/marjerin (panaskan).
3) Masukkan butter/marjerin yang telah cair ke dalam biskut yang telah dihancurkan tadi
4) Gaul rata. Tekankan di dasar loyang.
5) Masukkan ke dalam peti sejuk hingga keras sedikit

Filling:
2 buku cheese philadaelphia -250mg
1 cwn susu pekat
4 biji telur
1 cawan whipping cream
3 sudu besar tepung gandum
1 cwn yogurt
1 sudu esen vanila

1) Pukul cream cheese+susu+esen vanilla+tepung gandum
2) Selepas 3 minit, masukkan pula whipping cream + yogurt
3) Masukkan telur sebiji then pukul hingga ia sebati barulah masukkan telur yang seterusnya.
4) Bila sudah sebati(jangan pukul terlalu lama), masukkan adunan ke dalam loyang yang telah ditekan dengan biskut tadi.
5) Bakar pada suhu 165 celsius selama 45 minit.
6)Cheese cake sangat sensitif dengan suhu.Tutup api oven and jangan keluarkan dahulu. biarkan ia sejuk di dalam dengan merenggangkan sedikit pintu oven.(mengelakkan cheese cake dari merekah)
7)Bila dah betul2 sejuk,masukkan cheese cake ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman..
8)boleh la dihidangkan dengan jam/chocolate.

Monday, January 4, 2010

checkup

mee bakso (bkn gmbr sbnr :) )

hari ni ibu ke klinik nak wat checkup for every 2 week utk baby..kat poliklinik beserah..cm biase ajer..tp kali ni bkn tuk 2 mggu,tp terlewat 1 mggu sbb mggu lepas ibu x leh ke klinik ade hal...

dr semalam ibu mmg diet skit lah dari hari biase sbb nak checkup ari ni..he2 takut kene marah klu berat naik...huhu..tp mlm td ibu muntah..x thu la nape sbb mkn goreng pisang byk sgt kot petang kemarin..goreng pisangkan byk minyak..so mlm td mmg lapo la slps hbs sume tlh kuar..so x leh nak diet pon sgt lah,tp ibu x nak mkn nasi..berat sgt,so ayah bwk ibu gi mkn mee bakso..yg paling sedap bgi ibu la hehe...mula2 pesan 1 mangkuk jer,ayah oder nasi goreng..tp x cukup la baby..ibu + lagi 1 mangkuk mee bakso heheh...tuan kedai tu pon heran kot,x per la die tau ibu mkn utk 2 org hihihi (alasan)...

pagi ni plak ibu mkn roti jer 2 keping ngan jem coklat n air teh secawan...gi klinik kol 10..huhu lapo tol,tp tahan je la...so keputusn brt bdn naik 2.5 kg..utk 3 mggu..nurse tu kate ok..alhamdulillah..berbaloi gak diet heheh (diet ke gitu?),dlm istilah lain kurangkan mkn sikit hehe..yg lain sume ok,hb ok,bp ok,baby ok...alhamdulillah...cume kaki ade bengkak skitlah..nenek kate tu makna'y dh nak bersalin klu kaki ibu dah bengkak..hehe ibu pon rase cm tu gak...klu nak ikutkan klinik baby bru 32 week,sbb ibu bg tarikh period last yg tersalah..klu yg sebenar'y baby dh 34 week,nak msk 35 pon dh..sbb tu dh bengkak2 kaki ibu nih..baby dh besar yer?bgs tol anak ibu nih...hemmm...mulai skrg ibu dh kene catitkan pergerakan baby ni cukup ke x 10 x dlm sehari..ibu rase cm cukup,tp x thu la..esok ibu start kire yer...klu x cukup tu ibu kene cpt2 gi hospital..sbb tkt baby x sihatkan..

Monday, December 28, 2009

8 month

gmbr t'baru ibu ngan ayah
huh...mmg lame btol x update blog..bkn bz..tp malas he3..hr ni br t'buka hati nak menulis..nak menulis pon ikut mood gak..ok citer sbnr'y byk sgt.tp x bleh nak cite sume..yg terkini jer la yep..hehe..baby ibu skrg dh pon 33 weeks..huhuhu..bsr dh dia..menunggu saat nak deliver jep..x sbr'y..stkt ni perasaan tkt tu masih x der..ade skit2 jer tkt,tp yg byk seronok..tau b'slin tu sakit & antara hidup & mati,tp doa smoga semua'y selamat...seronok sbb nak jumpa baby ibu...yg hari2 duk layan die dlm peot nih..

die skrg semakin kuat menendang..sempit dh dlm peot ibu yer baby..sbr ek,x lame dh,ckup mase baby dh btol2 kuat,baby kuar yek..jgn duk lame sgt2 dlm tu tau..bahaya...haa...cukup jer masenya nnt baby kuar la..duk laluan yg btol tau..nnt sng nak kuar..baby x skit,ibu pon x sakit..be good boy k.

skrg hari2 ibu semakin x selesa..sakit belakang..sakit ari2 pon ade,urat habis tegang..makan pon melampau2...hadoii...mgu dpn nk gi klinik checkup x tau la..berat melambung lgi kot..x leh nak control la..ibu pon rase baby ibu pon tembam gak ni..baby jgn tembam sgt tau..payah nak kuar nnt,x muat kang..kene kuar kot tingkap..hadooiii cian ibu kan...sakit..