Salam...ni menu tertunggak..he2,garlic bread amik resepi k hana,souo plak resepi en google...best nyer,saja nk update blog guna phone.
RESEPI GARLIC FINGER BREAD
resepi asal basic doh : Puan Roshayati Johari
sumber : mamafami@blogspot.com
dicuba : hanamemories.blogspot.com
idea Garlic bread oleh : izahdaud@blogspot.com
cubaan sekali lg oleh : me(lovely family)
Bahan-bahan
Basic Dough
· 500g tepung gandum@tepung roti
· 100g gula
· 30g susu tepung - abaikan jika menggunakan susu segar
· 11g yis mauripan@sebungkus
· 1sk garam
· 1sk bread improver - optional
· 1sk bread softener - optional
· 80g butter@marjerin
· 250ml air@susu segar
· 1 biji telur - kacau sedikit
Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
· Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
· Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap.
· Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1.30jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin. (hana tak buat step nih sbb nak cepat)
· Timbang setiap doh 50g. Gelekkan dan bentukkan finger, kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi.
· Sebelum bakar sapukan garlic spread seperti dibawah dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
· Sejurus keluar dari oven, sejukkan di atas redai. hidangkan dengan mushroom soup.
RESEPI GARLIC SPREAD
sumber: kak Yatie @ kak Madihaa
Bahan-bahan
· 50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
· 3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
· 2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
· sedikit lada hitam kisar - x ltk
Cara-cara
· Gaulkan semua bahan
· Siap digunakan.
No comments:
Post a Comment